Monday, May 13, 2013

Refleksi Minggu Ke-6

Pada minggu ini, DR Zuraidah telah mengubah persekitaran pembelajaran kami iaitu terletak di Pusat Dialog Peradaban, yang mana kami lebih rasa dekat dengan DR Zuraidah melalui persekitaran bilik yang lebih kecil. Pada minggu ini kami telah mempelajarai pen dekatan Kurikulum dan sikap yang perlu ada bagi seorang guru.

Kami telah mempelajari bagai bentuk kurikulum seperti objektif Kurikulum itu sendiri, tumpuan utama seni visual dan kami juga telah diberi 4 bidang utama didalam Pendidikan Seni Visual Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaa dan mengenal kraf tradisional.

Selain itu kami juga mempelajari mengenai ciri-ciri guru yang berkesan iaitu dengan melihat kepada ciri-ciri guru tersebut ketika mengajar, selain dapat memberi contoh dan tauladan yang baik kepada pelajarnya.

Secara kesimpulannya pada minggu ini Dr Zuraidah banyak mengeluarkan istilah-istilah yang baru yang tidak pernah saya dengan sebelum ini. oelh itu terdapat beberapa teori yang tidak berapa jelas bagi saya, Namun saya cuba dalaman maksud-maksud teori tersebut.

No comments:

Post a Comment