Monday, May 13, 2013

Bagaimana Pendidikan Seni Visual Dapat melahirkan Pelajar-Pelajar Yang Holistik dari Segi JERIS???

J-Jasmani
Jasmani merujuk kepada bagaimana seorang pelajar itu menggunakan fizikalnya dalam aktiviti seni visual.Dimana dengan aktiviti yang dilakukan seorang pelajar itu akanlebih bergerak pantas dan bergiat dengan lebih aktif melalui aktiviti yang sedang dilakukan.

E-Emosi
Emosi merujuk kepada bentuk emosi pelajar itu sendiri ketika menjalankan aktiviti, iaitu bagaimana pelajar tersebut meluahkan emosinya ketika berkarya seperti meluahkan emosi didalam hasil lukisannya. Selain itu mengajar pelajar agar lebih bersabar dan tidak putus asa ketika menjalankan sesuatu aktiviti.

R-Rohani
Rohani lebih kepada dalam membentuk pelajar tersebut agar menghargai ciptaan Tuhan. Dimana setiap ciptaan Tuhan itu sendiri terdapat seninya. Selain itu pelajar akan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti melukis lukisan permandangan yang mengambarkan indahnya ciptaan Tuhan.

I-Intelek
Intelek pula merujuk kepada bagaimana seorang pelajar itu dapat membentuk daya berfikir dengan lebih kreatif dan kritis ketika melakukan sesuatu aktiviti didalam Seni Visual. ia dapat membantu membangunkan minda seorang pelajar itu untuk dalam meningkatkan kreativiti mereka ketika melakukan sesuatu aktiviti.

S-Sosial
Sosial merujuk kepada bagaiman pelajar-pelajar tersebut membentuk nilai-nilai sosial seperti berkerjasama, tidak putus asa, dan yakin pada diri ketika menghasilkan satu aktiviti seni.

 




No comments:

Post a Comment