Wednesday, April 10, 2013

11 ANJAKAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025


1. MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF ANTARABANGSA
  • Menanda aras keupayaan dalam kemahiran membaca,  matematik dan sains dengan standard  antarabangsa
  • Melancarkan kurikulum baru sekolah menengah (KSSM)  dan semakan semula kurikulum sekolah rendah (KSSR) pada 2017
  • Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016
  • Meningkatkan kualiti prasekolah dan meningkatkan enrolmen kepada 100% menjelang 2020
  • Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada umur 6+ tahun,  disokong dengan program  pengekalan yang disasarkan dan latihan vokasional sebagai persediaan untuk pekerjaan
  • Meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan keperluan khusus

2. MEMASTIKAN  SETIAP MURID  PROFISIEN DALAM BAHASA  MALAYSIA DAN    BAHASA  INGGERIS


  • Memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah, dengan sokongan pemulihan intensif untuk murid yang memerlukan bagi menggantikan kelas Peralihan
  • Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris
  • Meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap Bahasa Inggeris
  • Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa  tambahan menjelang 2025

3. MELAHIRKAN RAKYAT  MALAYSIA  DENGAN PENGHAYATAN  NILAI

  • Memperkukuh pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017
  • Memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi lebih fokus ke atas teras nilai dan falsafah agama  utama menjelang 2017
  • Memperkembangan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1  Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform
  • Mengukuhkan dan memperluas RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah,  kumpulan etnik dan sosio ekonomi

4. TRANFORMASI  KEGURUAN SEBAGAI PROFESION  PILIHAN

  • Mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan 30% teratas
  • Meningkatkan kualiti CPD mulai 2013, dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah
  • Memastikan guru memberi fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013 dengan mengurangkan beban pentadbiran
  • Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai 2016
  • Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan,  pakar pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang tahun 2016
  • Membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan mulai 2025


5. MEMASTIKAN KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI DI TEMPATKAN SETIAP SEKOLAH
  • Memperkenalkan kriteria pemilihan berasaskan kompetensi dan memperkukuhkan proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013
  • Melaksanakan pakej kerjaya baharu bagi pengetua guru  besar mulai 2013, dengan lebih sokongan, lebih fleksibiliti pengoperasian bagi menambah baik sekolah, kurikulum dan kokurikulum, serta lebih akauntabiliti terhadap meningkatkan keberhasilan murid

6. MENGUPAYA JPN, PPD DAN  SEKOLAH UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN KHUSUS BERASASKAN KEPERLUAN

  • Mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program  yang sistematik dan dipimpin PPD di semua negeri  menjelang 2014
  • Meningkatkan autonomi pengurusan berasaskan sekolah, termasuk lebih fleksibiliti pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum, dimulai dengan sekolah yang mencapai prestasi tinggi dan menunjukkan peningkatan prestasi besar
  • Memastikan 100%  sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak


7. MEMANFAATKAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN DI MALAYSIA

  • Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah menjelang 2013
  • Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru  terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 2013
  • Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus


8. MENTRANFORMASI KEBOLEHUPAYAAN DAN  KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

  • Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan terhadap bajet dan personel, serta meningkatkan akuantabiliti bagi KPI mulai 2013   
  • Sekurang-kurangnya 2,500  lagi personel ditempatkan daripada KPM dan JPN kepada PPD untuk menyokong sekolah menjelang 2014
  • Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200  jawatan kepimpinan utama mulai 2013
  • Memperkukuh fungsi utama dan merasionalisasi struktur Kementerian mulai 2016

9. BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA SECARA MELUAS

  • Melengkapi ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana penglibatan ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah (SAPS)
  • Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru  mulai 2016
  • 1,000 biasiswa daripada sektor swasta untuk murid berbakat daripada komuniti miskin untuk belajar di sekolah swasta dan antarabangsa
  • Memperluas model Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGOs yang  berpotensi sebagai penganjur


10. MEMAKSIMUMKAN KEBERHASILAN MURID BAGI SETIAP RINGGIT

  • Mengaitkan setiap program  kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasionalisasi program  berimpak rendah pada setiap tahun, selaras dengan anjakan keseluruhan kerajaan ke arah Buget Berasaskan Keberhasilan (OBB)
  • Memanfaatkan peluang meningkatkan efisiensi,  dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru


11. MENINGKATKAN KETELUSAN UNTUK AKAUNTABILITI AWAM SECARA LANGSUNG

  • Menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan mulai 2013
  • Melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan kekal relevan dengan memasukkan maklum balas daripada pihak berkepentingan dan mengambil kira perkembangan persekitarannya