Thursday, December 06, 2012

Opening



CABANG-CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Metafizik

Cabang falsafah daripada aspek metafizik adalah merupakan sesuatu perkara yang membincangkan mengenai hakikat realiti. Metafizik ini boleh dikatakan mengenai ilmu tauhid ketuhanan. Dimana ia merupakan persoalan yang tidak boleh dikaitkan dengan saintifk.

 Metafizik lebih kepada cabang dalam membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari segi Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan tanpa mengira kepada jenis agama yang dianuti oleh rakyatnya. Falsafah pendidikan kebangsaan dibentuk selaras dengan rukun Negara yang mana perlu mempercayai akan kewujudan tuhan.

Objektif Falsafah pendidikan kebangsaan supaya dapat melahirkan seseorang yang berilmu, berakhlak mulia, berfikiran kreatif dan rasional, serta dapat memberikan sumbangan kearah kemakmuran masyarakat dan Negara adalah selaras dengan aspek metafizik yang manusia tahu menggunakan akalfikiran dan berfikir tentang keadaan di sekeliling serta berusaha untuk memperbaiki mutu kehidupan seharian mereka.

Selain itu didalam cabang metafizik ia juga menekankan supaya bagaimana seseorang insan atau manusia itu dapat menjaga hubungan dengan kewujudan benda di sekelilingnya, tidak kira samaada hubungan itu merupakan hubungan manusia dengan manusia, hubungan manusia dalam alam atau hubungan itu  merupakan hubungan manusia dengan peciptanya. Oleh itu jika kita  didalam falsafah pendidikan kebangsaan kita dapat lihat pelbagai usaha yang dilakukan didalam aspek  kurikulum yang bertujuan untuk menyatukan perpaduan kaum.

Epistemologi

 Epistemologi merupakan Teori Pengetahuan yang berhubungan dengan hakikat dari ilmu pengetahuan, pengandaian-pengandaian, dasar-dasarnya serta pertanggung jawaban atas pernyataan mengenai pengetahuan yang dimiliki oleh setiap manusia

Epistemologi pendidikan berfungsi sebagai pengantar dan landasan dasar pengembangan potensi intelektual, sehingga pada saatnya dapat membuahkan kecerdasan intelektual. Oleh kerana sasaran epistemologi pendidikan adalah keahlian dan keterampilan, maka pendidikan lebih merupakan tanggung jawab institusi persekolahan. Ia juga dilihat bagaimana cara yang digunakan bagi menyampaikan cabang ilmu iaitu berdasarkan objek forma pendidikan, maka persoalan pendidikan adalah bagaimana “cara” yang tepat isi  pendidikan itu diajar atau disampaikan.

Secara epistemologis, sistem pendidikan menunjukkan pada “output” atau hasil dari keseluruhan rangkaian kegiatan penyelenggaraan pendidikan menurut objek, performa dan sistem pendidikan. Selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang mana sistem pendidikan itu perlulah mengikut piawaian yang diberikan oleh kementerian agar mencapai matlamat pendidikan Negara.



Aksiologi

Ia merupakan cabang falsafah yang menghubungkan dengan nilai seperti etika dan agama. Aksiologi juga berkaitan dengan nilai dan berhubunga dengan pengajaran, nilai, moral dan pengembangan sahsiah

Didalam falsafah pendidikan kebangsaan ada menekankan bahawa perlunya mempunyai kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan ini secara tidak langsung akan termasuk didalam aspek aksiologi yang mana akan menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang telah ditetapkan oleh tuhan. Selain itu didalam aspek aksiologi juga ada menyatakan supaya seseorang itu mengamalkan segala ajaran agama yang mereka anuti.

Aspek aksiologi juga lebih kepada unsur-unsur emosi yang mana didalam falsafah pendidikan kebangsaan terdapat pelbagai usaha yang dilakukan bagi mewujudkan sifat kekitaan dan mewujudkan perpaduan sesame kaun. Selain itu ia juga lebih kepada membentuk emosi supaya lebih matang


Logik

Aspek logic lebih kepada sains yang mana ia mengenai pemikiran tepat yang berkaitan dengan hubungan antara idea dengan prosedur dan digunakan untuk membezakan antara pemikiran yang sah dan yang mengelirukan.

 Didalam aspek logik terdapat unsur yang ditekankan antaranya seperti aspek jasmani yang seperti mana terdapat didalam falsafah pendidikan kebangsaan yang menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal.

Selain itu dadalam falsafah pendidikan kebangsaan juga antara aspek yang diusulkan supaya rakyat Malaysia dapat member keharmonian dan kemakmuran masyarakat dalam Negara.

Didalam aspek logik ia juga boleh membantu dalam megalakkan menyusun semula fikiran dengan teliti dan sistematik yang mana ini selaras dengaan falsafah pendidikan kebangsaan yang mana cuba membentuk keupayaan dalam mencapai kesejahteraan diri antara seperti bersemangat patriotik dan menjadikan rukun Negara sebagai panduan hidup