CABANG-CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Metafizik
Cabang
falsafah daripada aspek metafizik adalah merupakan sesuatu perkara yang
membincangkan mengenai hakikat realiti. Metafizik ini boleh dikatakan mengenai
ilmu tauhid ketuhanan. Dimana ia merupakan persoalan yang tidak boleh dikaitkan
dengan saintifk.
Metafizik lebih kepada cabang dalam membentuk insan
yang seimbang dan harmonis dari segi Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan tanpa mengira kepada jenis
agama yang dianuti oleh rakyatnya. Falsafah pendidikan kebangsaan dibentuk
selaras dengan rukun Negara yang mana perlu mempercayai akan kewujudan tuhan.
Objektif
Falsafah pendidikan kebangsaan supaya dapat melahirkan seseorang yang berilmu, berakhlak
mulia, berfikiran kreatif dan rasional, serta dapat memberikan sumbangan kearah
kemakmuran masyarakat dan Negara adalah selaras dengan aspek metafizik yang manusia
tahu menggunakan akalfikiran dan berfikir tentang keadaan di sekeliling
serta berusaha untuk memperbaiki mutu kehidupan seharian mereka.
Selain
itu didalam cabang metafizik ia juga menekankan supaya bagaimana seseorang
insan atau manusia itu dapat menjaga hubungan dengan kewujudan benda di
sekelilingnya, tidak kira samaada hubungan itu merupakan hubungan manusia
dengan manusia, hubungan manusia dalam alam atau hubungan itu merupakan hubungan manusia dengan peciptanya.
Oleh itu jika kita didalam falsafah
pendidikan kebangsaan kita dapat lihat pelbagai usaha yang dilakukan didalam aspek kurikulum yang bertujuan untuk menyatukan
perpaduan kaum.
Epistemologi
Epistemologi merupakan Teori Pengetahuan yang
berhubungan dengan hakikat dari ilmu pengetahuan, pengandaian-pengandaian,
dasar-dasarnya serta pertanggung jawaban atas pernyataan mengenai pengetahuan
yang dimiliki oleh setiap manusia
Epistemologi
pendidikan berfungsi sebagai pengantar dan landasan dasar pengembangan potensi
intelektual, sehingga pada saatnya dapat membuahkan kecerdasan intelektual.
Oleh kerana sasaran epistemologi pendidikan adalah keahlian dan keterampilan,
maka pendidikan lebih merupakan tanggung jawab institusi persekolahan. Ia juga
dilihat bagaimana cara yang digunakan bagi menyampaikan cabang ilmu iaitu berdasarkan
objek forma pendidikan, maka persoalan pendidikan adalah bagaimana “cara” yang
tepat isi pendidikan itu diajar atau
disampaikan.
Secara
epistemologis, sistem pendidikan menunjukkan pada “output” atau hasil dari
keseluruhan rangkaian kegiatan penyelenggaraan pendidikan menurut objek, performa
dan sistem pendidikan. Selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang mana sistem
pendidikan itu perlulah mengikut piawaian yang diberikan oleh kementerian agar
mencapai matlamat pendidikan Negara.
Aksiologi
Ia
merupakan cabang falsafah yang menghubungkan dengan nilai seperti etika dan
agama. Aksiologi juga berkaitan dengan nilai dan berhubunga dengan pengajaran, nilai, moral dan pengembangan sahsiah
Didalam
falsafah pendidikan kebangsaan ada menekankan bahawa perlunya mempunyai kepercayaan
dan kepatuhan kepada tuhan ini secara tidak langsung akan termasuk didalam
aspek aksiologi yang mana akan menyedari bahawa hukum dan fenomena alam
merupakan peraturan yang telah ditetapkan oleh tuhan. Selain itu didalam aspek
aksiologi juga ada menyatakan supaya seseorang itu mengamalkan segala ajaran
agama yang mereka anuti.
Aspek
aksiologi juga lebih kepada unsur-unsur emosi yang mana didalam falsafah
pendidikan kebangsaan terdapat pelbagai usaha yang dilakukan bagi mewujudkan
sifat kekitaan dan mewujudkan perpaduan sesame kaun. Selain itu ia juga lebih
kepada membentuk emosi supaya lebih matang
Logik
Aspek
logic lebih kepada sains yang mana ia mengenai pemikiran tepat yang berkaitan
dengan hubungan antara idea dengan prosedur dan digunakan untuk membezakan
antara pemikiran yang sah dan yang mengelirukan.
Didalam aspek logik terdapat unsur yang
ditekankan antaranya seperti aspek jasmani yang seperti mana terdapat didalam
falsafah pendidikan kebangsaan yang menyedari tentang kepentingan kesihatan
fizikal.
Selain
itu dadalam falsafah pendidikan kebangsaan juga antara aspek yang diusulkan
supaya rakyat Malaysia dapat member keharmonian dan kemakmuran masyarakat dalam
Negara.