Tuesday, May 14, 2013

Aras Taxonomy

Taksonomi Bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956, dimana menkatagorikan kamahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu Kognitif, Afektif dan Motor-psiko 

Hieraki Kognitif 

1) Pengetahuan ( Knowledge)
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas definisi, teori hukum tarikh, peristiwa dan lain-lain didalam pembelajaran yang lepas

2) Pemahaman ( Comprehension)
Mengubah Kefahaman daripda satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri menterjemah , memberi contoh kepada konsep menterjemah draf

3) Aplikasi ( Application)
Menggunakan Maklumat dalam situasi yang baru termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. membina graf daripada data dan lain-lain

4) Analisis (Analysis)
 Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian kenali struktur organisasi

5) Sintensis ( Synthesis)
Menyepadukan, Mencantum idea menjadi satu usaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan , membuat klasifikasi

6) Penilaian ( Evaluation)
Mmebuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman dan luaran , mentafsir dan mengkritik


Teori Pembelajaran

a) Teori Pembelajaran Konstruktivisime


Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.  (sumber : Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia)


b) Mastery Learning (Teori Pembelajaran Masteri)

" merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu yang diajar"     ( Bloom : 1968)

Pembelajaran masteri ini adalah wajar dilaksanakan dalam oengajaran dan pembelajaran kerana guru perlu menyedari  :-

i) Murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza tambahan lagi didalam bidang Seni Visual ini
ii) Murid memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan
iii) Murid mesti menguasis pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajar oleh guru mereka

Prinsip Asas Dalam Pembelajaran Masteri ialah :-
i) Murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh guru
ii) Pembelajarandipecahjkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai
iii) Murid memerlukan masa yang mengcukupi bagi menghasilkan karya mereka.
iv) Arahan Pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit perlulah jelas

Ciri-ciri Pembelajaran Masteri adalah seperti berilut :-
i) Hasil pembelajaran perlu ditentukan
ii) Hasil pembelajaran disusun mengikut unit pembelajaran
iii)  Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlulah bermakna dan berkesan
iv) Bahan pengajaran dan pembelajaran yang bereksan
v) Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit baru
vi) Aktiviti pengayaan dilaksanaan untuk murid yang telah mencapai aras masteri
                    (Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia)


c)Teori Pembelajaran Simulasi

Simulasi merupakan satu lagi pembelajaran yang diajar di dalam kelas Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kimia. Ramai yang mengetahui tentang simulasi ini tetapi tidak ramai yang mengetahui faedah dan manfaatnya kepada kita semua. Simulasi merupakan salah satu cara yang boleh digunakan untuk mewujudkan suasana pembelajaran menerusi pengalaman. 


Kadang-kadang, eksperimen yang terlalu bahaya dan memerlukan kos yang tinggi tidak dapat dijalankan di makmal-makmal sekolah. Namun, para guru dapat menujukkan eksperimen ini kepada para pelajarnya menerusi simulasi. Simulasi merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang sangat menarik. Simulasi berkomputer juga dapat menghasilkan tindakbalas yang betul serta teratur yang mana lebih fleksibel dan jimat jika dibandingkan dengan mengupah seorang guru bagi setiap pelajar. Ianya juga telah terbukti sebagai satu cara pembelajaran yang efektif, yang mana membolehkan pelajar lebih inovatif dan kreatif.
Penggunaan simulasi berkomputer dalam proses pembelajaran mempunyai beberapa kepentingan. Kepentingan utama adalah memastikan pelajar aktif dalam eksplorasi dan belajar sesuatu yang mana pendekatan yang digunakan berkaitan dengan teori pembelajaran moden. Pembelajaran simulasi berkomputer lebih kepada pembelajaran menerusi pengalaman yang memerlukan sokongan dari pengajar atau sistem bagi memastikan simulasi yang digunakan adalah efektif.



d)Teori Pembelajaran Sosial 



Albert Bandura memperkenalkan teori pembelajaran sosial iaitu pembelajaran berlaku melalui proses peniruan. Bandura (1977) berpendapat, kita belajar melalui pemerhatian dan meniru orang lain serta dengan melihat konsekuen tingkah laku orang lain. Bandura berpendapat bahawa; 
  • Pembelajaran dan tingkah laku manusia bergantung kepada pemerhatian seseorang individu itu terhadap individu lain atau model-model simbolik seperti televisyen dan sebagainya. 
  • Peniruan selalunya diteguhkan. 
  • Pembelajaran pemerhatian dapat juga diterangkan melalui prinsip pelaziman klasik. Oleh yang demikian, teori pembelajaran sosial Bandura,menekankan peranan kognitif dan juga pengaruh persekitaran dalam perkembangan.




Pemerhatian Proses Pembelajaran dan Pengajaran di Sekolah Rendah

Kami telah diberi tugasan untuk melakukan pemerhatian di kawasan Sekolah Rendah, dan saya telah memilih kawanan Sekolah Kebangsaan Bangsar Sebagai tempat kajian. Tibanya kami disana dalam pukul 9.30 pagi dan Alhamdulillah guru-guru di Sekolah Kebangsaan Bangsar sangatlah peramah dan baik hati. saya diberi layanan yang cukup baik. Saya dipertemukan dengan guru Pendidikan Seni Visual iaitu En Ismail bin Ahmad yang merangkap juga kepada Penolong Kanan Kokurikulum, beliau merupakan seorang yang sangat berbakat didalam bidang seni dan tidak jemu berkongsi segala maklumat dengan kami. sehinggakan beliau menunjukkan segala hasil karya beliau bersama kami disamping memberi tunjung ajar mengenai Proses Pmebelajaran dan Pengajaran didalam kelas. Banyak Maklumat yang beliau berikan antaranya kaedah nak tarik minat pejara itu sendiri menurut beliau juga guru seni merupakan guru yang paling dekat dan paling rapat dengan pelajar. Oleh itu sebagai guru Pendidikan Seni Visual harus mendalami jiwa pelajar mereka sendiri. ini serba sedikit maklumat yang saya perolehi ketika kajian dilakukan :-

LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

Nama Sekolah
Sekolah Kebangsaan Bangsar, Kuala Lumpur
Nama Kelas
Kelas 5 Dinamik
Nama Guru
Ismail Bin Ahmad
Bilangan Murid
35 orang
Masa Kelas
11:00 -12:00
Tarikh
19 April 2013
Mata Pelajaran
Pendidilkan Seni Visual
Bidang
Mengenal Kraf Tangan
Aktiviti
Anyaman
Tajuk
Anyaman Kelarai
Tema
Alam semula jadi

DAPATAN KAJIAN

PROSEDUR DAN PERLAKSANAAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi
(5 Minit)


1)  Memberi Penerangan yang lengkap

·         Guru memberi penerangan mengenai tugasan yang harus dilakukan
·         Guru mempamerkan  contoh hasil kerja kepada pelajar supaya pelajar lebih jelas tentang tugasan yang akan dilakukan
·         Guru menerangkan apa itu Kelarai dan terdapat berapa jenis kelarai kepada pelajar
·         Guru menerangkan Apa itu Lajur dan silang yang terdapat pada kelarai
·         Guru mengendalikan sesi soal jawab
Unsur Kamahiran berfikir :
Membuat perkaitan antara lajur dan silang
Langkah 1
(15   minit)
2)    Menunjukkan langkah penghasilan kepada pelajar
i)       Menunjukkan cara menggunting kertas bagi penyediaan tapak anyaman ataupun silang
ii)      Mengguntingkan kertas bagi penyediaan lajur secara lipatan gunting
iii)     Memberikan formula kepada pelajar untuk kiraan memudahkan pelajar membuat anyaman kelarai.
iv)     Membuat kemasan pada hasil kerja

·         Guru menerangkan langkah-langkah penghasilan kelarai
·         Guru mengedarkan salinan formula pengasilan kelarai Murid melihat dan cuba memahami langkah dan formula yang diterangkan
·         Guru menunjukkan demonstrasi penghasilan kelarai kepada pelajar
·         Murid mendengan penerangan dan melihat tunjuk cara
·         Guru menasihati murid supaya berhati-hati semasa menggunakan semua peralatan
·         Guru mengulangi langkah penghasilan sekali lagi supaya murid lebih jelas.
Bahan Bantu Mengajar :
Formula atau salinan kelarai
Alatan :
Gunting,dan kertas
Langkah 2
(25 Minit )
3)    Aktiviti Penghasilan

·         Murid-murid mengeluarkan bahan dan alat
·         Guru mengedarkan kertas warna kepada pelajar
·         Guru menyuruh murid mengulangi langkah-langkah penghasilan kelarai seperti yang ditunjukkan sebentar tadi
·         Guru memberi bimbingan kepada murid-murid
Alatan :
Kertas warna, gunting, gam
Unsur Kemahiran Berfikir :
Menghasilkan kelarai menggunakan formula
Penutup
(15   Minit)
4)    Sesi Penilaian dan Refleksi
·         Murid mempamerkan pelbagai hasil kerja yang dibuat
·         Guru menilai hasil kerja murid

ANALISIS KAJIAN

Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik yang digunakan oleh Cikgu Ismail

1) Pendekatan Pengajaran

Pendekatan yang digunakan semasa didalam kelas daripada apa yang saya nampak guru tersebut telah menggunakan jenis pendekatan ekletik yang mana cikgu Ismail menerangkan kepada pelajar bagaimana untuk menghasilkan kelarai dengan melihat kepada kebolehan dan kemampuan pelajar itu sendiri. Pendekatan eklektik ini adalah gabungan daripada pendekatan induktif dan deduktif, dimana pendekatan deduktif merupakan penerangan daripada umum kepada khusus kepada mengenai apa yang cuba disampaikan manakala didalam pendekatan induktif merujuk kepada penerangan daripada khusus kepada umum, Cikgu Ismail  juga banyak menggunakan contoh agar murid memahami penerangan yang disampaikan dengan menggunakan teknik soal jawab bersama pelajar, penyelesaian malah dan tunjuk cara kepada pelajar.

2) Strategi Pengajaran

a) Pemusatan Guru ( teacher centred)
          Didalam kelas 5 Dinamik in saya lihat strategi pembelajaran yang digunakan salah satunya ialah strategi pemusatan guru yang mana Cikgu Ismail  memberi penerangan satu persatu kepada pelajar tentang cara menghasilkan kelarai. Namun begitu apabila terdapat pelajar yang masih tidak dapat memahami seterusnya beliau membuat demonstrasi iaitu bagaiman memotong kertas untuk menyediakan lajur dan silang, bagaimana memasukan lajur keatas tapak kelarai iaitu silang dan bagaimana untuk menghasilkan kelarai agar kelihatan lebih kemas.


b)  Pemusatan Pelajar (Student centred)
          Selain itu beliau juga menggunakan kaedah pemusatan pelajar yang mana ini berlaku selepas Cikgu Ismail memberi penerangan kepada 5 Dinamik. Dalam strategi ini guru lebih menumpukan kepada pelajar. Ini apabila mereka melakukan perbincangan ketika menghasilkan kelarai. Selain itu dapat melihat beliau menggunakan strategi ini apabila mereka cuba menyelesaikan masalah menyediakan lajur dengan cara yang cepat iaitu memotong menggunakan pisau dengan memotong kertas dalam kuantiti yang banyak. Oleh itu pelajar dapat menyediakan lajur dalam masa yang singkat dan kaedah ini dapat membantu memudahkan pelajar didalam kelas 5 Dinamik.

c)  Pemusatan Bahan
          Cikgu Ismail Bin Ahmad juga telah menggunakan bahan sebagai rujukan iaitu menyediakan formula menghasilkan kelarai agar lebih memudahkan pelajar. Salinan formula ini diberikan kepada semua pelajar didalam kelas tersebut. Oleh itu semasa penghasilan kelarai tersebut kesemua para pelajar hanya merujuk kepada formula kelarai  yang telah diberikan oleh Cikgu Ismail tersebut.

3) Teknik Pengajaran

 a) Teknik Tunjuk cara
Semasa kelas dijalankan Cikgu Ismail mengunakan teknik tunjuk cara atau boleh dikatakan teknik demonstrasi untuk menghasilkan kelarai. Bagi menghasilkan kelarai terdapat langkah-langkah yang perlu ambil agar tidak berlaku sebarang masalah semasa proses menyiapkan kelarai. Bagi tahap pelajar tahun 5 adalah sukar bagi mereka untuk memahami sesuatu sesuatu perkara jika hanya merujuk kepada penerangan sahaja. Oleh itu adalah perlunya sesuatu demonstrasi untuk menyiapkan Kelarai Bunga Cempaka tersebut. Jika tersalah teknik kelarai tersebut akan menjadi bentuk kelarai yang lain jenisnya seperti kelarai mata bilis dan beberapa bentuk kelarai yang lain. Terdapat beberapa prosedur yang perlu diambil antaranya seperti menyediakan tapai kelarai, memotong kertas untuk penyediaan lajur, menyusun lajur berdasarkan formula yang diberi dan membuat kemasan pada kelarai yang telah siap. Pelajar perlu mengikut satu persatu langkah yang telah diberi.

b) Teknik Latih Tubi
Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang kali sehingga mereka dapat menguasai sesuatu konsep baru dengan lancear. Semasa saya membuat kajian didalam kelas ini saya terdengar bahawa Cikgu Ismail member pengumuman kepada pelajar 5 Dinamik bahawa mereka akan mengadarkan pameran secara besaran di peringkat kebangsaan. Oleh itu mereka perlu melakukan latih-tubi bagi menghasilkan kelarai dengan membuat kelarai tersebut secara berulang kali. Dia juga ada memberitahu  bahawa jika kita telah membuat sesuatu kelarai secara berulang kali lama kelamaan secara tidak langsung mereka dapat menghafal formula kelarai tersebut tanpa melihat formula dan ini merupakan sesuatu kelebihan kepada mereka.

c) Teknik Soal Jawab.
          Disebabkan para pelajar terlalu teruja untuk mengadakan pameran tersebut pelbagai soalan yang mereka ajukan kepada Cikgu Ismail sepangjang kelas berlangsung. Antara mereka menanyakan bagaimana menghasilkan kelarai yang kemas, bagaimana menyiapkan kelarai dengan bentuk yang cantik agar tidak lari dari kelarai Bunga Cempaka. Namun begitu apa yang saya lihat Cikgu Ismail sangat sabar semasa melayan soalan-soalan yang ditanyakan walaupun kadangkala soalan yang diajukan tidak releven ataupon tidak logic dengan modul pengajaran mereka. Namun begitu bagi menarik minat mereka dengan lebih mendalam terhadap seni Cikgu Ismail perlu menjwab pertanyaan mereka agar mereka tidak keliru terhadap apa yang telah mereka pelajari

d) Teknik Penyelesaian Masalah
          Antara teknik lain yang digunakan adalah teknik penyelesaian masalah. Ini dapat dilihat ketikabeliau cuba menyelesaikan masalah agar pelajar menghasilkan kelarai dalam bentuk yang kemas. Oleh itu beliau telah memberi insentif kepada pelajar dengan memberikan sagu hati sebanyak RM 10.00 kepada pelajar yang dapat menghasilkan kelarai yang paling cantk dan yang terkemas. Daripada situ kita dapat lihat bahawa pelajar masing-masing akan berkobar-kobar dalam menyiapkan kelarai masing-masing dengan hasil yang terkemas.

4) Kaedah Pengajaran

a) Kaedah inkuiri
Ini merupakan kaedah dimana bagaiman seorang guru itu menyelesaikan masalah terhadap murid mereka, iaitu bagamana seorang guru iaitu seperti cikgu Ismail ini mengawal pelajar-pelajar 5 Dinamik dalam keadaan yang teratur. Semasa penghasilan Kelarai ini, jika dilihat adalah bahaya sewaktu mereka menggunakan pelbagai peralatan seperti pisau, dan gunting. Oleh itu dapat dilihat bagaimana secara berulang kali Ckgu Ismail tu sendiri member nasihat kepada pelajar agar berhati hati semasa menggunakan peralata-peralatan tersebut.

b) Kaedah Kolaboratif
Ini berlaku semasa Cikgu Ismail memberi arahan kepada para pelajarnya agar menghasilkan kelarai tersebut secara berkumpulan. Ini supaya jika terdapat sebarang masalah mereka akan saling bantu-membantu semasa menghasilkan kelarai Bunga Cempaka tersebut. Selain itu mereka juga lebih bersemangat jika mereka menyiapkan kelarai tersebut semasa berada dalamn kumpulan. Ini kerana mereka akan berlumba-lumba dalam menghasilkan kelarai yang terbaik.

Pada Akhir kelas kami diberi hadiah karya batik Cikgu Ismail itu sendiri, selepas melakukan pemerhatian minat untuk menjadi seorang tenaga pengajar semakin berkobar-kobar. sepanjang Kajian ini saya dapat melihat dengan lebih jelas mengenai Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik yang digunakan oelh Cikgu Ismail untuk menarik minat para pelajarnya.

Sedikit Gambar saya lampirkan ketika kajian dilakukan

                   


Salah seoramg pelajar fokus untuk menyiapkan karyanya
Situasi ketika didalam Kelas 5 Dinamik
Murid-murid mendengar penerangan yang diberikan oleh Cikgu Ismail

Cikgu Ismail membantu salah seorang pelajarnya


Contoh Kelarai hasil kerja pelajar

Monday, May 13, 2013


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL


DISEDIAKAN OLEH : NUR AMIRAH BINTI SHAHARUDIN (JEA 100138)


MATA PELAJARAN           :       PENDIDIKAN SENI VISUAL
BIDANG                             :       Mengenal Kraf Tangan
AKTIVITI                             :       Anyaman
TAJUK                                :      Anyaman Kelarai
JENIS                                 :      Kelarai Bunga Cempaka
TEMA                                 :      Alam Semula Jadi
MASA                                 :      11.00 – 12.00
BILANGAN MURID             :      35
OBJEKTIF MODUL            :     Guru dapat mengajar murid cara-cara untu
                                                 menghasilkan sebuah anyaman yang dipanggil kelarai yang mana ia  
                                                 berbentuk kelarai bunga cempaka


OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pada akhir pelajaran murid dapat:

1)Menyatakan alat dan bahan dalam menghasilkan kelarai
2)Menghasilakan kelarai bunga cempaka
3) supaya menjadi lebih kreatif semasa menggunakan formula yang diberikan

KEPERLUAN

Alat         : gunting, gam, pembaris dan pisau
Bahan    :  2 Helai kertas A4 yang berlainan warna


PROSEDUR

1)    Guru merancang strategi pengajaran dan membuat kajian serta kemahiran berfikir kritis dan kreatif

2)    Guru menentukan tahap pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran

3)    Guru memulakan aktiviti penghasilan kelarai mengikut langkah supaya pelajar lebih jelas

4)    Guru menunjuk cara dan membimbing murid dalam proses membuat sebuah anyaman kelarai

5)    Pemerhatian dan Penilaian

PROSEDUR DAN PERLAKSANAAN
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN/ ELEMEN PEMBELAJARAN

Set Induksi
(5 Minit)


1)  Memberi Penerangan yang lengkap










Guru memberi penerangan mengenai tugasan yang harus dilakukan

Guru mempamerkan  contoh hasil kerja kepada pelajar supaya pelajar lebih jelas tentang tugasan yang akan dilakukan

Guru menerangkan apa itu Kelarai dan terdapat berapa jenis kelarai kepada pelajar

Guru menerangkan Apa itu Lajur dan silang yang terdapat pada kelarai

Guru mengendalikan sesi soal jawab


Unsur Kamahiran berfikir :

Membuat perkaitan antara lajur dan silang
Langkah 1
(15 minit)
2)  Menunjukkan langkah penghasilan kepada pelajar

i)     Menunjukkan cara menggunting kertas bagi penyediaan tapak anyaman ataupun silang
ii)    Mengguntingkan kertas bagi penyediaan lajur secara lipatan gunting
iii)   Memberikan formula kepada pelajar untuk kiraan memudahkan pelajar membuat anyaman kelarai.
iv)   Membuat kemasan pada hasil kerja

Guru menerangkan langkah-langkah penghasilan kelarai

Guru mengedarkan salinan formula pengasilan kelarai

Murid melihat dan cuba memahami langkah dan formula yang diterangkan

Guru menunjukkan demonstrasi penghasilan kelarai kepada pelajar

Murid mendengan penerangan dan melihat tunjukcara

Guru menasihati murid supaya berhati-hati semasa menggunakan semua peralatan

Guru mengulangi langkah penghasilan sekali lagi supaya murid lebih jelas.
Bahan Bantu Mengajar :

Formula atau salinan kelarai

Alatan :

Gunting,dan kertas
Langkah 2
(25 Minit )
3)  Aktiviti Penghasilan
Murid-murid mengeluarkan bahan dan alat

Guru mengedarkan kertas warna kepada pelajar

Guru menyuruh murid mengulangi langkah-langkah penghasilan kelarai seperti yang ditunjukkan sebentar tadi

Guru memberi bimbingan kepada murid-murid

Alatan :
Kertas warna, gunting, gam

Nilai-nilai murni :

Berhati-hati

Unsur Kemahiran Berfikir :

Menghasilkan kelarai menggunakan formula
Penutup
(15 Minit)
4)  Sesi Penilaian dan Refleksi
Sesi Pembentangan
Mempamerkan hasil kerja

Murid mempamerkan pelbagai hasil kerja yang dibuat
Guru menilai hasil kerja murid



Refleksi Guru
Pengajaran telah dapat dijalankan dengan bekesan. Murid menunjukkan minat dan kesungguhan dalam menghasilkan anyaman kelarai.Pelajar dapat dilatih supaya menjadi lebih kreatif. Pelajar telah berjaya membuat penerokaan bahan yang digunakan. Objekif tercapai dengan jayanya.