Monday, May 13, 2013

Refleksi Minggu ke-5

Pada minggu ke 5, iaitu minggu pertama kami bertemu dengan Dr. Zuraidah Abdullah didalam Pendidikan dan Pengajaran Seni. kami telah dibukakan minda dengan diperkenalkan mmengenai sistem pendidikan itu sendiri. jika sebelum ini banyak istilah didalam pendidikan itu sendiri yang kami tidak ketahui. pada ketika itu minda kami telah dibuka dengan mempelajari mengenai cabang-cabang dalam Falsafah ysng berkaitan dengan falsafah pendidikan antaranya seperti Metafizik, Epistimologi, Aksiologi dan Logik.

Jika dilihat secara rawaknya antara bidang- bidang falsafah ini pertama sekali kita melihat kepada Metafizik yang merujuk kepada sifat yang menyeluruh seorang guru itu sendiri perlu memberi atau menyampaikan maklumat kepada pelajar mereka secara menyeluruh mengenai bidang yang dipelajari oleh pelajar mereka tanpa ada sebarang maklumat yang tersembunyi beerti ia merujuk kepada maklumat yang diperolehi oleh pelajar adalah secara jelas


Seterusnya kita melihat kepada cabang Epistimologi yang mana didalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri yang menekankan usaha secara berterusan dimana melihat kepada bentuk atau usaha yang dilakukan oleh guru tersebut. Iaitu melihat kepada seperti alat yang digunakan oleh guru tersebut dalam menyampaikan sesuatu maklumat kepada pelajar mereka ini termasuk dengan bantuan-bantuan alat teknologi.

Bidang Falsafah yang saya perolehi daripada pembelajaran minggu ke-5 iaitu Aksiologi dimana merujuk kepadanilai moral etika dan sahsiah. Falsafah ini menumpukan perhatian kepada apa yang harus berlaku.

Dan cabang yang terakhir iaitu logik yang mana falsagfah yang melibatkan sains mengenai berfikiran tepat. seperti apa yang disampai oleh seseorang guru itu haruslah tepat kepada pelajr-pelajarnya.

Diakhir kelas kami diberi tugasan untuk melihat kepada 11 Anjakan Laporan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025, ini supaya kami lebih jelas mengenai sistem pendidikan di Malaysia

No comments:

Post a Comment