Monday, May 13, 2013

Apa itu Teknik ?


Ia merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan perlaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. seperti bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi main peranan, simulasi sumbang saran dan lain-lain

Jenis-jenis Teknik

1) Teknik Simulasi
  • merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian dan peristiwa yang benar dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan dalam keadaan terkawal dan selamat
2) Teknik Main Peranan
  • Merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran  yang melibatkan lakonan spontan mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang terpilih
  • Melalui aktiviti ini murid boelh mendapat gambaran dan pengalaman yang baru
  • la boleh dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur
3) Teknik Latih tubi
  • Melalui teknik ini murid akan melakukan sesutau aktivit secara berulang-kali sehingga mereka dapat menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru dengan lancar
  • Aktiviti ini boleh dilakukan samada secara lisan, amali, dan bertulis
4) Teknik Demonstrasi
  • Teknik pengajaran ini memusatkan guru atau aktiviti dimana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu dihadapan murid dalam sesi pengajaran
  • Murid akan memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut
  • oelh itu murid dapat melakukan sesuatu dengan lebih sistematik, teratur dan kemas.
5) Teknik Sumbangsaran
  • Sumbangsaran merupakan satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah
  • ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran dimaan semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang sedang dibincangkan.

No comments:

Post a Comment