Monday, May 13, 2013

Ciri-ciri Seorang Guru Yang Berkesan.

Bertindak sebagai penyebar ilmu
Menurut Ragbir Kaur (2007) Fungsi guru ialah mendidik murid didalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran dari pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Oleh itu ketika menyebarkan ilmu mereka perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam dan sahih tentang ilmu yang ingin disampaikan agar pelajar mendapat maklumat yang tepat.selain itu ilmu yang disebarkan oleh guru tersebut haruslah bersifat secara menyeluruh dan bersepadu dalam mebentuk pelajar mereka

Guru sebagai Role Model.
Seorang guru itu merupakan "Role Model" kepada pelajar mereka yang mana mereka harus menunjukkan tauladan yang baik kepada pelajar mereka supaya dapat menjadi ikutan kepada para pelajar. Oleh itu seorang guru harus menunjukkan nilai-nilai yang positif kepada pelajar ini kerana guru merupakan ibubapa kedua kepada pelajar letika di sekolah. secara tidak langsung mereka dapat memupuk keperibadian pelajar itu sendiri dengan memupuk nilai-nilai murni kepada mereka.

Mengamalkan Kemahiran Profesional
Profesor Syed Muhammad Al-Attas menyatakan bahawa ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan dalaman dan luaran manusia itu sendiri. Oleh itu seorang guru itu harus bertanggungjawab dalam mendidik para pelajar mereka samada dari segi rohani ataupun jasmani.

Mengamalkan pembelajaran yang Efektif
seorang guru itu haruslah mengamalkan pembelajaran yang efektif agar mudah diterima oleh para pelajar dengan merujuk kepada bagaimana kaedah dan strategi yang mereka lakukan dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajar.Adakah strategi yang mereka gunakan berkesan kepada pelajar. jika tidak mereka harus menganalisis mengapa dan cuba menggunakan kaedah yang lain supaya ianya lebih efektif. sebagai seorang guru mereka harus mempunyai sifat yang tidak mudah putus asa dalam membentuk kaedah pembelajaran yang efektif bagi membantu para pelajar mereka.

Mendalami Jiwa Pelajar
Seorang guru itu harus mendalami pelajar mereka iaitu dengan melihat apa yang pelajar mereka perlukan. Selain itu dengan mengambiltahu masalah seorang pelajar mungkin ia melibatkan fokus pelajar kepada pembelajarannya. Kaedah cara Komunikasi juga haruslah bersesuaian kepada pelajar melihat kepada situasi pelajar tersebut. Bagi seorang guru amat penting bagi mendekatkan diri mereka dengan pelajar agar mereka lebih memahami jiwa pelajar tersebut.


No comments:

Post a Comment