Sunday, May 12, 2013

Major Learning Theories

i.Behavioral Learning

Didalam teori ini apa yang dipercayai iaitu ia merupakan perlakuan yang dipengaruhi melalui faktor persekitaran, dimana seseorang seseorang individu yang hidup didalam kehidupan seseorang,melalui media atau pun didalam sesuatu kehidupan masyarakat. Jika kita tengok didalam teori ini ia lebih menekankan melalui perubahan tingkah laku manusia itu sendiri yang dipengaruhi oleh pengalaman mereka juga. "Behavioral theory" ini memberi kesan kepada bentuk perlakuan yang juga menjadi kesan kepada perlakuan yang kejam. antara toloh yang merumuskan behavior ini iaitu Pavlov dan Watson, yang mana boleh diaplikasikan didalam bidang pendidikansebagai contoh guru tersebut melihat perlakuan pelajar. Jika seseorang pelajar mencapai tahap pelajaran yang terbaik ataupun mendapat peningkatan haruslah diberi penghargaan sebaliknya jika pelajar itu tidak menunujukkan minat dalam belajar samada kerapa ponteng kelas ataupun tidak menyiapkan kerja sekolah patutlah diberi teguran, jika tiada kesan juga perlu diberi denda sebagai pengajran.

ii.Cognitive Development Learning

Teori Pembelajaran Kognitif yang mana merupakan sesuatu teori yang lebih menekankan pada pemikiran seseorang, ia melibatkan proses mentala seperti rangsangan dari luaran. Ia kebiasaannya lebih memfokuskan kepada kanak-kanak yang seadang ingin membesar dengan membangunkan minda mereka agar lebih bijak berfikir didalam terma seperti memproses maklumat,kemahiran persepsi dan pembangunan pemikiran. oleh itu didalam bidang pendidikan seseorang guru itu harus bijak dalam membentuk pelajar  mereka ketika mengajar untuk membangunkan minda pelajar-pelajar tersebut. sebagai contoh guru tersebut harus mempunyai langkah secara berperingkat agar mudak difahami oleh pelajar dengan menggunakan konsep dari mudah kepada yang susah ataupun rumit. Ini perlu bagi membantu pelajar-pelajar tersebut agar memahami dengan lebih cepat dan jelas.

iii. Humanistic Learning

 Teori ini dirumuskan oleh Abraham Maslow. dimana ia lebih kepada mementingkan kesediaan moral dan mementingkan potensi pelajar mereka sendiri. menurut Abraham Maslow didalam teori ini terdapat peringkat-peringkatnya seperti peringkat psikologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan harga diri dan keperluan pencapaian diri. Seseorang guru itu harus membantu pelajar-pelajar mereka sendiri dalam membantu membentuk pelajar mereka dengan teori yang dikemukakan oleh Abraham Maslow. 

No comments:

Post a Comment