Tuesday, May 14, 2013

Pemerhatian Proses Pembelajaran dan Pengajaran di Sekolah Rendah

Kami telah diberi tugasan untuk melakukan pemerhatian di kawasan Sekolah Rendah, dan saya telah memilih kawanan Sekolah Kebangsaan Bangsar Sebagai tempat kajian. Tibanya kami disana dalam pukul 9.30 pagi dan Alhamdulillah guru-guru di Sekolah Kebangsaan Bangsar sangatlah peramah dan baik hati. saya diberi layanan yang cukup baik. Saya dipertemukan dengan guru Pendidikan Seni Visual iaitu En Ismail bin Ahmad yang merangkap juga kepada Penolong Kanan Kokurikulum, beliau merupakan seorang yang sangat berbakat didalam bidang seni dan tidak jemu berkongsi segala maklumat dengan kami. sehinggakan beliau menunjukkan segala hasil karya beliau bersama kami disamping memberi tunjung ajar mengenai Proses Pmebelajaran dan Pengajaran didalam kelas. Banyak Maklumat yang beliau berikan antaranya kaedah nak tarik minat pejara itu sendiri menurut beliau juga guru seni merupakan guru yang paling dekat dan paling rapat dengan pelajar. Oleh itu sebagai guru Pendidikan Seni Visual harus mendalami jiwa pelajar mereka sendiri. ini serba sedikit maklumat yang saya perolehi ketika kajian dilakukan :-

LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

Nama Sekolah
Sekolah Kebangsaan Bangsar, Kuala Lumpur
Nama Kelas
Kelas 5 Dinamik
Nama Guru
Ismail Bin Ahmad
Bilangan Murid
35 orang
Masa Kelas
11:00 -12:00
Tarikh
19 April 2013
Mata Pelajaran
Pendidilkan Seni Visual
Bidang
Mengenal Kraf Tangan
Aktiviti
Anyaman
Tajuk
Anyaman Kelarai
Tema
Alam semula jadi

DAPATAN KAJIAN

PROSEDUR DAN PERLAKSANAAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi
(5 Minit)


1)  Memberi Penerangan yang lengkap

·         Guru memberi penerangan mengenai tugasan yang harus dilakukan
·         Guru mempamerkan  contoh hasil kerja kepada pelajar supaya pelajar lebih jelas tentang tugasan yang akan dilakukan
·         Guru menerangkan apa itu Kelarai dan terdapat berapa jenis kelarai kepada pelajar
·         Guru menerangkan Apa itu Lajur dan silang yang terdapat pada kelarai
·         Guru mengendalikan sesi soal jawab
Unsur Kamahiran berfikir :
Membuat perkaitan antara lajur dan silang
Langkah 1
(15   minit)
2)    Menunjukkan langkah penghasilan kepada pelajar
i)       Menunjukkan cara menggunting kertas bagi penyediaan tapak anyaman ataupun silang
ii)      Mengguntingkan kertas bagi penyediaan lajur secara lipatan gunting
iii)     Memberikan formula kepada pelajar untuk kiraan memudahkan pelajar membuat anyaman kelarai.
iv)     Membuat kemasan pada hasil kerja

·         Guru menerangkan langkah-langkah penghasilan kelarai
·         Guru mengedarkan salinan formula pengasilan kelarai Murid melihat dan cuba memahami langkah dan formula yang diterangkan
·         Guru menunjukkan demonstrasi penghasilan kelarai kepada pelajar
·         Murid mendengan penerangan dan melihat tunjuk cara
·         Guru menasihati murid supaya berhati-hati semasa menggunakan semua peralatan
·         Guru mengulangi langkah penghasilan sekali lagi supaya murid lebih jelas.
Bahan Bantu Mengajar :
Formula atau salinan kelarai
Alatan :
Gunting,dan kertas
Langkah 2
(25 Minit )
3)    Aktiviti Penghasilan

·         Murid-murid mengeluarkan bahan dan alat
·         Guru mengedarkan kertas warna kepada pelajar
·         Guru menyuruh murid mengulangi langkah-langkah penghasilan kelarai seperti yang ditunjukkan sebentar tadi
·         Guru memberi bimbingan kepada murid-murid
Alatan :
Kertas warna, gunting, gam
Unsur Kemahiran Berfikir :
Menghasilkan kelarai menggunakan formula
Penutup
(15   Minit)
4)    Sesi Penilaian dan Refleksi
·         Murid mempamerkan pelbagai hasil kerja yang dibuat
·         Guru menilai hasil kerja murid

ANALISIS KAJIAN

Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik yang digunakan oleh Cikgu Ismail

1) Pendekatan Pengajaran

Pendekatan yang digunakan semasa didalam kelas daripada apa yang saya nampak guru tersebut telah menggunakan jenis pendekatan ekletik yang mana cikgu Ismail menerangkan kepada pelajar bagaimana untuk menghasilkan kelarai dengan melihat kepada kebolehan dan kemampuan pelajar itu sendiri. Pendekatan eklektik ini adalah gabungan daripada pendekatan induktif dan deduktif, dimana pendekatan deduktif merupakan penerangan daripada umum kepada khusus kepada mengenai apa yang cuba disampaikan manakala didalam pendekatan induktif merujuk kepada penerangan daripada khusus kepada umum, Cikgu Ismail  juga banyak menggunakan contoh agar murid memahami penerangan yang disampaikan dengan menggunakan teknik soal jawab bersama pelajar, penyelesaian malah dan tunjuk cara kepada pelajar.

2) Strategi Pengajaran

a) Pemusatan Guru ( teacher centred)
          Didalam kelas 5 Dinamik in saya lihat strategi pembelajaran yang digunakan salah satunya ialah strategi pemusatan guru yang mana Cikgu Ismail  memberi penerangan satu persatu kepada pelajar tentang cara menghasilkan kelarai. Namun begitu apabila terdapat pelajar yang masih tidak dapat memahami seterusnya beliau membuat demonstrasi iaitu bagaiman memotong kertas untuk menyediakan lajur dan silang, bagaimana memasukan lajur keatas tapak kelarai iaitu silang dan bagaimana untuk menghasilkan kelarai agar kelihatan lebih kemas.


b)  Pemusatan Pelajar (Student centred)
          Selain itu beliau juga menggunakan kaedah pemusatan pelajar yang mana ini berlaku selepas Cikgu Ismail memberi penerangan kepada 5 Dinamik. Dalam strategi ini guru lebih menumpukan kepada pelajar. Ini apabila mereka melakukan perbincangan ketika menghasilkan kelarai. Selain itu dapat melihat beliau menggunakan strategi ini apabila mereka cuba menyelesaikan masalah menyediakan lajur dengan cara yang cepat iaitu memotong menggunakan pisau dengan memotong kertas dalam kuantiti yang banyak. Oleh itu pelajar dapat menyediakan lajur dalam masa yang singkat dan kaedah ini dapat membantu memudahkan pelajar didalam kelas 5 Dinamik.

c)  Pemusatan Bahan
          Cikgu Ismail Bin Ahmad juga telah menggunakan bahan sebagai rujukan iaitu menyediakan formula menghasilkan kelarai agar lebih memudahkan pelajar. Salinan formula ini diberikan kepada semua pelajar didalam kelas tersebut. Oleh itu semasa penghasilan kelarai tersebut kesemua para pelajar hanya merujuk kepada formula kelarai  yang telah diberikan oleh Cikgu Ismail tersebut.

3) Teknik Pengajaran

 a) Teknik Tunjuk cara
Semasa kelas dijalankan Cikgu Ismail mengunakan teknik tunjuk cara atau boleh dikatakan teknik demonstrasi untuk menghasilkan kelarai. Bagi menghasilkan kelarai terdapat langkah-langkah yang perlu ambil agar tidak berlaku sebarang masalah semasa proses menyiapkan kelarai. Bagi tahap pelajar tahun 5 adalah sukar bagi mereka untuk memahami sesuatu sesuatu perkara jika hanya merujuk kepada penerangan sahaja. Oleh itu adalah perlunya sesuatu demonstrasi untuk menyiapkan Kelarai Bunga Cempaka tersebut. Jika tersalah teknik kelarai tersebut akan menjadi bentuk kelarai yang lain jenisnya seperti kelarai mata bilis dan beberapa bentuk kelarai yang lain. Terdapat beberapa prosedur yang perlu diambil antaranya seperti menyediakan tapai kelarai, memotong kertas untuk penyediaan lajur, menyusun lajur berdasarkan formula yang diberi dan membuat kemasan pada kelarai yang telah siap. Pelajar perlu mengikut satu persatu langkah yang telah diberi.

b) Teknik Latih Tubi
Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang kali sehingga mereka dapat menguasai sesuatu konsep baru dengan lancear. Semasa saya membuat kajian didalam kelas ini saya terdengar bahawa Cikgu Ismail member pengumuman kepada pelajar 5 Dinamik bahawa mereka akan mengadarkan pameran secara besaran di peringkat kebangsaan. Oleh itu mereka perlu melakukan latih-tubi bagi menghasilkan kelarai dengan membuat kelarai tersebut secara berulang kali. Dia juga ada memberitahu  bahawa jika kita telah membuat sesuatu kelarai secara berulang kali lama kelamaan secara tidak langsung mereka dapat menghafal formula kelarai tersebut tanpa melihat formula dan ini merupakan sesuatu kelebihan kepada mereka.

c) Teknik Soal Jawab.
          Disebabkan para pelajar terlalu teruja untuk mengadakan pameran tersebut pelbagai soalan yang mereka ajukan kepada Cikgu Ismail sepangjang kelas berlangsung. Antara mereka menanyakan bagaimana menghasilkan kelarai yang kemas, bagaimana menyiapkan kelarai dengan bentuk yang cantik agar tidak lari dari kelarai Bunga Cempaka. Namun begitu apa yang saya lihat Cikgu Ismail sangat sabar semasa melayan soalan-soalan yang ditanyakan walaupun kadangkala soalan yang diajukan tidak releven ataupon tidak logic dengan modul pengajaran mereka. Namun begitu bagi menarik minat mereka dengan lebih mendalam terhadap seni Cikgu Ismail perlu menjwab pertanyaan mereka agar mereka tidak keliru terhadap apa yang telah mereka pelajari

d) Teknik Penyelesaian Masalah
          Antara teknik lain yang digunakan adalah teknik penyelesaian masalah. Ini dapat dilihat ketikabeliau cuba menyelesaikan masalah agar pelajar menghasilkan kelarai dalam bentuk yang kemas. Oleh itu beliau telah memberi insentif kepada pelajar dengan memberikan sagu hati sebanyak RM 10.00 kepada pelajar yang dapat menghasilkan kelarai yang paling cantk dan yang terkemas. Daripada situ kita dapat lihat bahawa pelajar masing-masing akan berkobar-kobar dalam menyiapkan kelarai masing-masing dengan hasil yang terkemas.

4) Kaedah Pengajaran

a) Kaedah inkuiri
Ini merupakan kaedah dimana bagaiman seorang guru itu menyelesaikan masalah terhadap murid mereka, iaitu bagamana seorang guru iaitu seperti cikgu Ismail ini mengawal pelajar-pelajar 5 Dinamik dalam keadaan yang teratur. Semasa penghasilan Kelarai ini, jika dilihat adalah bahaya sewaktu mereka menggunakan pelbagai peralatan seperti pisau, dan gunting. Oleh itu dapat dilihat bagaimana secara berulang kali Ckgu Ismail tu sendiri member nasihat kepada pelajar agar berhati hati semasa menggunakan peralata-peralatan tersebut.

b) Kaedah Kolaboratif
Ini berlaku semasa Cikgu Ismail memberi arahan kepada para pelajarnya agar menghasilkan kelarai tersebut secara berkumpulan. Ini supaya jika terdapat sebarang masalah mereka akan saling bantu-membantu semasa menghasilkan kelarai Bunga Cempaka tersebut. Selain itu mereka juga lebih bersemangat jika mereka menyiapkan kelarai tersebut semasa berada dalamn kumpulan. Ini kerana mereka akan berlumba-lumba dalam menghasilkan kelarai yang terbaik.

Pada Akhir kelas kami diberi hadiah karya batik Cikgu Ismail itu sendiri, selepas melakukan pemerhatian minat untuk menjadi seorang tenaga pengajar semakin berkobar-kobar. sepanjang Kajian ini saya dapat melihat dengan lebih jelas mengenai Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik yang digunakan oelh Cikgu Ismail untuk menarik minat para pelajarnya.

Sedikit Gambar saya lampirkan ketika kajian dilakukan

                   


Salah seoramg pelajar fokus untuk menyiapkan karyanya
Situasi ketika didalam Kelas 5 Dinamik
Murid-murid mendengar penerangan yang diberikan oleh Cikgu Ismail

Cikgu Ismail membantu salah seorang pelajarnya


Contoh Kelarai hasil kerja pelajar

No comments:

Post a Comment