Monday, May 13, 2013

Apa itu Kaedah ?

Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
ia juga merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian. 

" Merujuk kepada ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih"   (Edward M. Anthony : 1963)


Jenis kaedah 

Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendididikan Seni Visual adalah 

1.   Kaedah Tradisional 
  • Tugasan membaca buku teks 
  • Kuliah 
  • Mengucap dengan kuat 
  • Tumpuan kepada perbendaharaan 
  • Laporan secara lisan oleh murid 
  • Mengkaji semula(riview) 
  • Ujian,kuiz dan peperiksaan 
2.   Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan) 
Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu : 
P1- Kenal pasti masalah 
P2- Rancang penyelesaian 
P3- Kumpul maklumat 
P4- Buat tafsiran 
P5- Buat kesimpulan 

3. Kaedah kumpulan 
  • perbincangan kumpulan 
  • kuliah perbincangan 
  • kerja jawatankuasa 
  • main peranan 
  • Sesi Buzz 
  • Sumbangsaran 
  • Wawancara 
  • Konferen 
4.   Kaedah penyelesaian masalah 
Ia meliputi 
  • Projek 
  • Tinjauan 
  • Penyelidikan atau penjelajahan 
  • Tunjukcara  atau demonstrasi 
  • Kelab kesihatan 
  • Lawatan 
Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan yang panjang, memahami masalah dan memikir dengan logik dan sistematik.  Dalam kelas Pendidikan Jasmani pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah berikut. 
  1. Menganalisis dan memahami masalah
  2. Menyenaraikan syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.
  3. Guna pelbagai strategi untuk mendapatkan maklumat.
  4. Membentuk jawapan yang mungkin.
  5. Pilih dan uji penyelesaian alternatif.
  6. Pilih penyelesaian yang sesuai.
  7. Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.

No comments:

Post a Comment