Monday, May 13, 2013

Apa itu Pendekatan?

Adalah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan kepada objektifnya (Edward M. Anthony 1963).  Ianya merupakan satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur-unsur aksiomatik (kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan). 
Model pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk menentukan pendekatan yang dijalankan sesuai digunakan dan mendatangkan keberkesanan.  Pendekatan ini berteraskan kepada prinsip atau teori pembelajaran; 
  • konkrit ke abstrak 
  • mudah ke kompleks 
  • keseluruhan ke sebahagian 
  • umum ke spesisifik (deduktif)
Pendekatan Mengajar

Semasa pengajaran dan pembelajaran seseorang guru boleh menggunakan kaedah-kaedah yang telah dipelajari.  Kaedah yang dipilih haruslah bersesuaian dengan tahap kognitif dan psikomotor pelajar.  Bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran dicadangkan guru mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan murid.  Pendekatan pengajaran berpusatkan guru, pelajar dan berpusatkan bahan seperti penggunaan ICT. 

No comments:

Post a Comment