Monday, May 13, 2013

Refleksi Minggu ke 8

Pada minggu ke 8 kumpalan saya perlu melakukan perbentangan mengenai strategi, kaedah, teknik dan pendekatan ini bagi memberikan maklumat mengenai proses pembelajaran dan pengajaran .
ketika perbentanga dijalan semuanya berjalan dengan lancar cuma terdapat sedikit kekeliruan untuk Pendekatan Kaedah iaitu bahagian Induktif dan Deduktif, yang mana saya sendiri yang memberikan maklumat yang kurang jelas sehingga Menimbulkan kekeliruan untuk rakan-rakan kelas yang lain. Selepas diperbetulakan oleh Dr Zuraidah barulah mereka jelas bahawa :-

Konsep Induktif
Merupakan konsep penerangan daripada yang spesifik kepada yang umum. Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi

Konsep Deduktif
ini merupakan satu konsep pengajaran daripada yang umu kepada yang spesifik. Teknik pengajaran deduktif merupakan satu bentuk pengajaran yang kompleks yang mana seorang pelajar itu perlu memahami dengan betul apa yang cuba disampaikan.

Konsep Elkletik
Konsep ini menggunakan dua atau lebih kaedah yang mana ia juga merupakan gabungan daripada konsep induktif dan deduktif. kelas seperti ini sesuai untuk kelas yang mempunyai ramai pelaajr yang berkebolehan.

Konsep Komunikatif
Merupakan bentuk pengajarn yang berpusatkan murid, dimana ia memfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi ketika proses Pengajaran dan Pembelajaran dilakukan didalam kelas

Diakhir kelas kami diberi tugasan untuk membuat Rancangan Pengajaran Harian, pada saya untuk minggu ni kelasberjalan dengan baik dan selesa

No comments:

Post a Comment